Sejarah Kampung Jawa


Dari sudut geografinya yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau, terbentang kawasan pamah yang menggamit beberapa keluarga dari suku jawa untuk meneroka kawasan tersebut bagi membuka sebuah perkampungan baru.

Bermula dengan sepuluh buah keluarga yang beketurunan Melayu dari suku jawa, mereka meneroka kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan. Rata-rata mereka berasal dari Klang dan Kajang. Hasil dari kesepakatan mereka, salah seorang dari kalangan mereka telah dilantik menjadi ketua dan menjadi pengasas kepada kampung ini. 

Hj Noor Bin Kassan adalah individu pertama yang bertindak sebagai ketua, imam dan pemimpin masarakat pada waktu itu serta bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan kampung pada ketika itu. Tahun 1927 merupakan tahun pembukaan bagi kampung ini. Oleh kerana mereka semua berketurunan jawa, mereka telah bersepakat untuk menamakan kawasan yang di terokai mereka dengan nama Kampung Jawa.

Setelah terbentuknya sebuah perkampungan baru dengan nama Kampung Jawa, penyebaran khabar berita ini telah sampai ke daerah daerah seperti Kuala Langat, Kajang, Klang, Bagan Datoh, Temoh dan sebagainya. Justeru itu, penghijrahan pun bermula satu demi satu keluarga berhijrah untuk sama-sama meneroka di penempatan baru tesebut.

Dengan semangat gotong-royong, peneroka awal dan baru bersama-sama meneroka hutan sehingga berjaya. Getah, padi huma, kopi, keledek dan ubi kayu adalah tanaman utama bagi menampung
sumber ekonomi mereka pada ketika itu.

Dari sudut pentadbiran, ketua kampung diberi kepercayaan penuh untuk mengurus tadbir hal-hal yang berkaitan dengan kampung. Pada sekitar 1936, barulah diwujudkan organisasi JKKK  bagi mentadbir kampung.


Walaubagaimanapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ketua kampung yang terdahulu atas segala kejayaan mereka dalam memimpin Kampung Jawa. Antara tokoh-tokoh yang tercatat dalam sejarah kepimpinan Kampung Jawa:

BIL
NAMA
TAHUN PERKHIDMATAN
TEMPOH BERKHIDMAT




1.
Hj Mohd Noor Bin Kassan
1927-1934
8 tahun
2.
Hj Mahmud Bin HJ Noor
1934-1936
3 tahun
3.
Hj Salleh Bin Hj Noor
1936-1984
49 tahun
4.
Hj Boosroh Bin Yassak
1984-1997
14 tahun
5.
Muhammad Suyud Bin Hj Amin
1998-2007
10 tahun
6.
Noor Salim Bin HJ Bilal
2007-Kini
Melebihi 5 tahun




1 comment: